E-Learning Dalam Dunia Pendidikan
E-Learning merupakan suatu jenis cara pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan penyampaian bahan mengajar kepada pelajar dengan menggunakan media Internet, Intranet atau media jaringan komputer lain. Secara ringkasnya, E-Learning adalah pembelajaran jarak jauh yang memanfaatkan teknologi komputer, jaringan komputer atau internet. Ia membolehkan pelajar untuk belajar melalui komputer di tempat mereka tanpa secara fizikal mengikuti pembelajaran atau perkuliahan di kelas. Melalui E-Learning, pembelajaran jarak jauh dapat dilaksanakan tanpa perlu menhadirkan diri ke kelas. misalnya, sekiranya pelajar berada di luar dari kampus UKM seperti di Putrajaya, sementara pengajaran berada di UKM, proses interaksi pembelajaran boleh dilakukan secara on-line ataupun secara off-line atau archieved. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu apa itu E-Learning dan apa kelebihannya.
KOMPONEN E-LEARNING:
1- Infrastruktur E-Learning adalah seperti komputer, jaringan komputer, internet dan kelengkapan multimedia termasuklah di dalamnya peralatan teleconference apabila kita memberikan layanan synchronous learning melalui teleconfrence.
2-Sistem dan Aplikasi E-Learning iaitu sistem perisian yang memvirtualisasi proses pengajaran dam pembelajaran konvensional. Dalam sistem ini, kita boleh mengetahui bagaimna pengurusan sesuatu kelas dilakukan, pembuantan bahan atau kandungan, forum perbincangan, sistem penilaian, sistem ujian dalam talian, dan sebagainya. Sistem perisian ini dikenali sebagai Management System (LMS).
3-Kandungan dan bahan pengajaran dalam E-Learning- bahan pengajaran yang ada pada E-Learning system (Learning ManagementSystem) terdapat dalam bentuk Multimedia-based Content iaitu kandungan berbentuk multimedia interaktif atau Text-based Content (kandunganberbentuk teks seperti pada buku pelajaran biasa). Ia disimpan di dalam Learning Management System (LMS) dan boleh dijalankan oleh pelajar bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.
Terdapat dua kaedah pengajaran melalui E-Learning iaitu pertama, Synchrounous E-Learning di mana pengajar dan pelajar berada di dalam kelas serta masa yang walaupun di tempat yang berbeza. Kedua, ialah Asynchronous E-Learning di mana pengajar dan pelajar berada di dalam kelas yang sama (virtual), walaupun dalam waktu dan tempat yang berbeza.
Antara kebaikan penggunaan E-Learning dalam pendidikan ialah melalui E-Learning, komunikasi antara pelajar dan pengajar akan menjadi lebih mudah tanpa perlu berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, unteraksi dapat dilakukan merentas masa dan jarak tanpa sempadan dan kekangan dengan hanya menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Selain itu, walaupun E-Learning dikatakan akan menjadikan proses pembelajaran longgar, ianya adalah salah kerana E-Learning sebenarnya adalah satu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan. Melalui E-Learning juga, para guru boleh mengubahsuai sistem yang sedia ada dengan kandungan pelajaran mengikut kesesuaian pembelajaran pelajar mereka. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar juga dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai sumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, E-Learning turut mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.
Setiap penciptaan pasti ada keburukannya. Antara keburukan E-Learning ialah wujudnya masalah plagiarism dan pelanggaran hak cipta. Selain itu, pengajar juga harus memberikan interaksi yang responsif dan berlanjutan dalam mengenali pelajar dengan lebih jauh iaitu dengan memberikan bentuk ujian yang lain untuk dianalisa. Selain itu, program dalam E-Learning juga memerlukan komputer dengan spesifikasi yang canggih supaya program dapat berjalan dengan lancar.
Saranan saya sebagai seorang pelajar berkaitan E-Learning yang pertama adalah dengan memperkenalkan serta mendedahkan tentang pembelajaran berasaskan E-Learning kepada semua terutamanya kepada para pelajar dan guru dengan lebih mendalam lagi melalui subjek khas seperti subjek ICT. Kedua, pelajar juga hendaklah sentiasa peka atau prihatin tentang maklumat-maklumat terkini berkaitan teknologi dan inovasi yang mungkin dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran mereka iaitu tahu akan kewujudan E-Learning dan apa itu E-Learning. Saya yakin masih ramai lagi pelajar dan masyarakat di luar sana yang masih tidak tahu apa itu E-Learning. Ketiga, media massa juga seharusnya mengambil peranan dalam menyebarkan wadah dan maklumat berkaitan E-Learning melalui televisyen dan radio terutamanya bagi memastikan masyarakat celik akan kewujudan E-Learning. Keempat, kerajaan juga boleh menyediakan perkhidmatan E-Learning kepada sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi tertentu agar mereka dapat belajar dengan lebih efisyen lagi dengan menggunakan teknologi yang canggih. Kelima, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memastikan E-Learning berjaya dilakukan termasuklah para guru dan pelajar itu sendiri. Kerana tanpa pelajar, di manakah gurunya dan tanpa guru, tidak bermaknalah pelajar itu.

Tuntasnya di sini dapat dinyatakan bahawa penggunaan E-Learning dalam pendidikan merupakan satu langkah yang baik dalam mengiringi dunia globalisasi yang kian mencabar. Tambahan pula, tahap perkembangan pelajar yang semakin tinggi IQ nya memerlukan komponen-komponen seperti ini dalam mendidik mereka kearah menjadi generasi yang berilmu serta bijak dalam dunia teknologi dan inovasi untuk memimpin negara. Sungguhpun begitu, terdapat kebaikan dan juga keburukan yang memerlukan sokongan semua pihak dalam menanganinya dengan cara yang bijak.