I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 25 November 2011

Isu Dalam Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan


E-Learning Dalam Dunia Pendidikan


E-Learning merupakan suatu jenis cara pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan penyampaian bahan mengajar kepada pelajar dengan menggunakan media Internet, Intranet atau media jaringan komputer lain. Secara ringkasnya, E-Learning adalah pembelajaran jarak jauh yang memanfaatkan teknologi komputer, jaringan komputer atau internet. Ia membolehkan pelajar untuk belajar melalui komputer di tempat mereka tanpa secara fizikal mengikuti pembelajaran atau perkuliahan di kelas. Melalui E-Learning, pembelajaran jarak jauh dapat dilaksanakan tanpa perlu menhadirkan diri ke kelas. misalnya, sekiranya pelajar berada di luar dari kampus UKM seperti di Putrajaya, sementara pengajaran berada di UKM, proses interaksi pembelajaran boleh dilakukan secara on-line ataupun secara off-line atau archieved. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu apa itu E-Learning dan apa kelebihannya.

KOMPONEN E-LEARNING:

1- Infrastruktur E-Learning adalah seperti komputer, jaringan komputer, internet dan kelengkapan multimedia termasuklah di dalamnya peralatan teleconference apabila kita memberikan layanan synchronous learning melalui teleconfrence.

2-Sistem dan Aplikasi E-Learning iaitu sistem perisian yang memvirtualisasi proses pengajaran dam pembelajaran konvensional. Dalam sistem ini, kita boleh mengetahui bagaimna pengurusan sesuatu kelas dilakukan, pembuantan bahan atau kandungan, forum perbincangan, sistem penilaian, sistem ujian dalam talian, dan sebagainya. Sistem perisian ini dikenali sebagai Management System (LMS).

3-Kandungan dan bahan pengajaran dalam E-Learning- bahan pengajaran yang ada pada E-Learning system (Learning ManagementSystem) terdapat dalam bentuk Multimedia-based Content iaitu kandungan berbentuk multimedia interaktif atau Text-based Content (kandunganberbentuk teks seperti pada buku pelajaran biasa). Ia disimpan di dalam Learning Management System (LMS) dan boleh dijalankan oleh pelajar bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Terdapat dua kaedah pengajaran melalui E-Learning iaitu pertama, Synchrounous E-Learning di mana pengajar dan pelajar berada di dalam kelas serta masa yang walaupun di tempat yang berbeza. Kedua, ialah Asynchronous E-Learning di mana pengajar dan pelajar berada di dalam kelas yang sama (virtual), walaupun dalam waktu dan tempat yang berbeza.

Antara kebaikan penggunaan E-Learning dalam pendidikan ialah melalui E-Learning, komunikasi antara pelajar dan pengajar akan menjadi lebih mudah tanpa perlu berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, unteraksi dapat dilakukan merentas masa dan jarak tanpa sempadan dan kekangan dengan hanya menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Selain itu, walaupun E-Learning dikatakan akan menjadikan proses pembelajaran longgar, ianya adalah salah kerana E-Learning sebenarnya adalah satu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan. Melalui E-Learning juga, para guru boleh mengubahsuai sistem yang sedia ada dengan kandungan pelajaran mengikut kesesuaian pembelajaran pelajar mereka. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar juga dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai sumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, E-Learning turut mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.

Setiap penciptaan pasti ada keburukannya. Antara keburukan E-Learning ialah wujudnya masalah plagiarism dan pelanggaran hak cipta. Selain itu, pengajar juga harus memberikan interaksi yang responsif dan berlanjutan dalam mengenali pelajar dengan lebih jauh iaitu dengan memberikan bentuk ujian yang lain untuk dianalisa. Selain itu, program dalam E-Learning juga memerlukan komputer dengan spesifikasi yang canggih supaya program dapat berjalan dengan lancar.

Saranan saya sebagai seorang pelajar berkaitan E-Learning yang pertama adalah dengan memperkenalkan serta mendedahkan tentang pembelajaran berasaskan E-Learning kepada semua terutamanya kepada para pelajar dan guru dengan lebih mendalam lagi melalui subjek khas seperti subjek ICT. Kedua, pelajar juga hendaklah sentiasa peka atau prihatin tentang maklumat-maklumat terkini berkaitan teknologi dan inovasi yang mungkin dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran mereka iaitu tahu akan kewujudan E-Learning dan apa itu E-Learning. Saya yakin masih ramai lagi pelajar dan masyarakat di luar sana yang masih tidak tahu apa itu E-Learning. Ketiga, media massa juga seharusnya mengambil peranan dalam menyebarkan wadah dan maklumat berkaitan E-Learning melalui televisyen dan radio terutamanya bagi memastikan masyarakat celik akan kewujudan E-Learning. Keempat, kerajaan juga boleh menyediakan perkhidmatan E-Learning kepada sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi tertentu agar mereka dapat belajar dengan lebih efisyen lagi dengan menggunakan teknologi yang canggih. Kelima, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memastikan E-Learning berjaya dilakukan termasuklah para guru dan pelajar itu sendiri. Kerana tanpa pelajar, di manakah gurunya dan tanpa guru, tidak bermaknalah pelajar itu.

Tuntasnya di sini dapat dinyatakan bahawa penggunaan E-Learning dalam pendidikan merupakan satu langkah yang baik dalam mengiringi dunia globalisasi yang kian mencabar. Tambahan pula, tahap perkembangan pelajar yang semakin tinggi IQ nya memerlukan komponen-komponen seperti ini dalam mendidik mereka kearah menjadi generasi yang berilmu serta bijak dalam dunia teknologi dan inovasi untuk memimpin negara. Sungguhpun begitu, terdapat kebaikan dan juga keburukan yang memerlukan sokongan semua pihak dalam menanganinya dengan cara yang bijak.







Projek Kumpulan (Video)


PENYIRAM MINI


10 Video Teknologi Dan Inovasi


Egg in a bottle - physics experiment


Bubbly Science at the Ontario Science Centre 


Equilibrium - physics experiment


Futuristic Japanese Cars


How to make Hot Ice!!! Crazy


Pen-Style Scissors


Real Video sQuba, world's first swimming car


Robot Violinist


robot_volleyball


Technologiesblog_ Misa Digital Stringless Kitara Guitar

10 Gambar Projek Individu

PENYIRAM MINI

Penyiram mini merupakan salah satu rekaan bukan media elektronik yang menggunakan bahan terbuang iaitu botol air. Ia bukan sahaja dapat menyelamatkan alam sekitar, bahkan dapat digunakan untuk menyiram tumbuh-tumbuhan yang menghijau.













10 Foto Teknologi Dan Inovasi

1.U3-X






U3-X diperkenalkan sebagai peranti mobiliti peribadi, Peranti mobiliti panduan satu roda yang meneruskan idea “harmoni dengan manusia”, U3-X adalah peranti eksperimental kukuh yang sangat padan di antara kedua-dua kaki seseorang penunggang. Dengan teknologi kawalan keseimbangan Honda yang dibangunkan melalui penyelidikan robotik ASIMO, ia merupakan robot pertama di dunia yang menyerupai manusia (humanoid). Peranti mobiliti peribadi baru ini membolehkan ia melaraskan kelajuan dan gerakan, berpusing dan berhenti dalam semua arah apabila penunggang menyandarkan bahagian atas badan untuk memindahkan berat badan. Selain teknologi kawalan keseimbangan, U3-X turut diuji menggunakan robot humanoid berkaki dua serta sistem panduan roda arah omni (Honda Omni Traction Drive System,atau HOT Drive System) yang pertama di dunia, hasil daripada penciptaan ASIMO.
Peranti mobiliti peribadi kompak ini adalah peranti yang bukan saja mesra kepada pengguna, malah kepada sesiapa yang berada di sekelilingnya. Bagi penunggang, lebih mudah untuk mereka mencecah permukaan tanah dengan adanya tempat letak kaki. Tambahan pula, posisi duduk penunggang jarang sekali berada pada paras mata yang sama dengan orang lain dan pejalan kaki di sekelilingnya, secara tidak langsung mewujudkan jarak yang selesa antara mereka.


2.TONGKAT PINTAR




Si tongkat pintar, dari The Aid karya Egle Ugintaite of Lithuania dilengkapi dengan sensor tekanan darah, mampu mengukur denyut nadi, dan suhu. Layar LCD pada gesper (kepala tali pinggang) mampu menampilkan data kesihatan. Seandainya berlaku kecemasan, pemilik boleh menekan tombol SOS seterusnya data dari tongkat ini akan terus dihantar ke pusat bantuan terdekat.


3.EUROCOPTER X3,





Eurocopter adalah helikopter bersayap yang dapat berlepas secara vertikal dan olah geraknya juga adalah seperti helikopter. Namun begitu, ia mampu terbang secepat pesawat. Helikopter hibrid ini dikatakan sebagai helikoper tercepat di dunia. Eurocopter X3 diuji terbang buat pertama kalinya adalah pada bulan September 2010. Setelah beberapa kali pengujian dilakukan, telah terbukti bahawa ia mampu mencapai kecepatan 232 knot (429.66 klometer per jam) seperti pesawat. Seperti yang dilaporkan oleh BBC, X3 adalah alat pengangkutan udara yang mempunyai berbelanjaan yang menjimatkan. Pesawat ini mempunyai tingkat getaran yang rendah tanpa memerlukan alat atau sistem anti-getar. Rangka X3 pula dilengkapi dengan mesin turboshaft (enjin turboaci) yang menggerakkan sistem rotor utamanya serta dua baling-baling yang terdapat pada kedua sayapnya. Helikopter ini boleh digunakan untuk menjaga sempadan, mencari mangsa bencana atau kecelakaan, tugas keamanan khusus dan sebagainya.


4.CHARGER CANGGIH








Keistimewaan charger adalah dengan memutarkannya di jari seterusnya bateri telefon bimbit akan kembali terisi. Selain tanpa menggunakan elektrik, pengisian bateri melalui charger canggih ini hanya memerlukan gerakan memutar-mutar tangan, dan secara automatik, bateri akan terisi kembali. Gajet ini diinspirasikan Song Teaho & Hyejin Lee. Berdasarkan spesifikasi yang disajikan, sebanyak 130 kali putaran diperlukan hingga mendapatkan daya yang cukup untuk membuat panggilan selama 2 minit. Jika dalam keadaan siaga , ia boleh bertahan sekitar 25 minit. Walaupun terdapat kekurangan sedikit dalam perhitungan daya yang dihasilkan, charger bateri berkekuatan jari ini boleh menjadi solusi hijau kerana ia mampu meminimalkan penggunaan elektrik.



5. BASIKAL BERSISTEM KOMPUTER







Factor001 adalah antara basikal yang tercanggih di dunia.
Basikal ini tidak hanya diperbuat daripada komponen-komponen canggih seperti karbon, rem hidrolik keramik, dan drivetrain (sistem gerigi) pesanan. Ia juga dilengkapi dengan sistem komputer yang disatukan didalam badan basikal. Basikal ini adalah buatan Beru dari syarikat pakar kenderaan canggih dari Inggeris. Ia dihasilkan oleh jurutera yang berpengalaman di dunia iaitu perlumbaan kereta Formula 1. Oleh yang sedemikian, bahan-bahannya juga menggunakan material setaraf kenderaan formula. Kereta angin seberat 7 kg ini juga mampu mengumpul data-data biometrik penunggangnya iaitu bermula dari kelajuan degupan jantung, respirasi, data persekitaran, dan gaya fizikal yang dialami. Data-data tersebut boleh dimuat turun kembali  untuk dianalisa. Ia juga dilengkapi dengan sebuah sistem navigasi satelit Global Positiong System (GPS), pemancar radio, sensor berat, kabel, bateri, dan kabel pengendali yang memberikan kecekapan dan durasi yang tinggi untuk basikal.



6. TELEFON "LUTSINAR"








Ia merupakan sebuah gadget canggih. Yang membezakan telefon ini dengan telefon yang lain adalah "ketelusan" atau bentuk fizikalnya yang tembus pandang. Ciri-ciri lain adalah telefon tersebut boleh menyesuaikan dirinya dengan keadaan cuaca sekitar dengan mengesan suhu persekitaran serta kelembapan udara. Misalnya, pada saat cuaca sedang hujan, telefon ini akan mencerminkan butiran-butiran seperti air hujan. Manakala ketika cuaca sedang dingin, telefon pintar ini pun akan memberikan kesan mengembun.



7. SEJADAH CAHAYA





Sejadah cahaya adalah salah satu cara untuk menentukan arah kiblat dengan tepat.
Sejadah cahaya merupakan karya Soner Ozenc yang dapat memudahkan seorang muslim untuk mengetahui dimana arah kiblat secara tepat saat ingin menunaikan solat.
Cahaya yang terpancar pada sejadah futuristik ini tercipta hasil gabungan teknologi Electroluminescent Fosforus. Sajadah yang diberi nama Sajjadah 1426 ini akan bercahaya semakin terang apabila tepat menghadap arah kiblat. Sebaliknya, cahaya akan semakin malap bila arah sejadah digeser menjauhi kiblat. Modul berasaskan kompas canggih yang tertanam di dalam sejadah ini akan menentukan arah kiblat dengan menunjukkan cahaya yang terang apabila arah kiblat sudah tepat.


8. PERIUK NASI MODEN DIGITAL








Periuk nasi digital ini telah direka oleh Sang Jang Lee. Ia adalah satu inovasi baru untuk memasak. Periuk nasi moden digital ini telah direka dengan bentuk yang amat mudah dengan cekung di atas pan pedal, yang cukup hab aktiviti. Terdapat skrin visual dan panel sentuh pada periuk ini. Sekiranya hendak digunakan, ia hanya perlu disentuh untuk meneroka menu utama, seperti dengan menekan kawasan atas untuk mengakses menu utama dan sengetkan ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas. Paip di bawah kekunci panel dalam pilihan atau membawa ke halaman menu seterusnya. Lampu pada panel pula akan beransur-ansur hilang sebaik sahaja pilihan yang dibuat.


9. GLO TO SLEEP





Glo To Sleep adalah satu idea yang revolusi baru yang dibina untuk mengosongkan minda, merehatkan badan, dan menyebabkan tidur. Dengan menumpukan mata pada satu titik tumpuan cahaya biru, seorang individu tanpa apa-apa usaha atau latihan sebelumnya, boleh dengan serta-merta menghentikan pemikiran berulang-ulang dan membimbangkan dan cepat yang amat santai yang membawa kepada tidur. Glo To Sleep dapat memperlahankan kekerapan aktiviti elektrik otak. Ia merupakan salah satu objektif yang dapat dikongsi bersama dengan meditasi dan hipnosis diri. Ianya begitu mudah untuk digunakan. Caranya ialah dengan pertama sekali pegang bahagian dalam daripada Glo To Sleep berdekatan dengan sumber cahaya dalam tempoh 30 saat. Bahagian yang terdapat di dalam topeng akan menjadi  warna biru. Kemudian, pakai dan lihat pada titik bercahaya seterusnya menarik nafas panjang dan sama rata. Pengguna akan merasa fikiran menjadi perlahan, badan akan berehat dan  akhir sekali tidur.


10. DRIFT INNOVATION X170: THE ACTION CAMERA







Kamera ini memberikan peluang yang sempurna untuk menyimpan kenangan pengembaraan melampau dengan selamat melalui video dan gambar.The X 170 adalah kamera pertama dalam kelasnya yang menawarkan skrin lebar DVD gambar dalam kualiti yang sangat baik. Kamera ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti skrin main semula dan juga sebagai alat kawalan jauh tanpa wayar. Ia boleh dipasang dengan mudah pada sudut yang dimahukan untuk mengambil gambar dan video. Oleh itu, kamera ini boleh diletakkan pada topi keledar, cermin mata, hendal, atau apa-apa sahaja yang menawarkan penyokong kamera. Apabila kamera telah ditetapkan, putar kanta melalui 300 darjah. Ini akan membolehkan sudut tertentu dipilih yang paling sesuai untuk semua gerakan. Lensa yang dilaraskan akan memberi gambar-gambar yang lengkap dan tegak. Kotak kawalan jauh tanpa wayar boleh digunakan untuk mengambil gambar atau berhenti mengambil gambar. Terdapat  juga pilihan untuk menggunakan panel kawalan pada kamera untuk memulakan dan menghentikan video rakaman.

BIODATA SAYA

NAMA : NURMASTURA BINTI NORDIN

NO MARTIK : A 133408

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL LINGUISTIK

TAHUN PENGAJIAN : SESI 1 2011/2012

NAMA PENSYARAH :MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

TUTORIAL : HARI : RABU
MASA : 10AM-12PM
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER 3, DEWAN BUDIMAN

E-MAIL :
raraeky90@gmail.com
Shiny Lime Green Star