I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 25 November 2011

Isu Dalam Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan


E-Learning Dalam Dunia Pendidikan


E-Learning merupakan suatu jenis cara pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan penyampaian bahan mengajar kepada pelajar dengan menggunakan media Internet, Intranet atau media jaringan komputer lain. Secara ringkasnya, E-Learning adalah pembelajaran jarak jauh yang memanfaatkan teknologi komputer, jaringan komputer atau internet. Ia membolehkan pelajar untuk belajar melalui komputer di tempat mereka tanpa secara fizikal mengikuti pembelajaran atau perkuliahan di kelas. Melalui E-Learning, pembelajaran jarak jauh dapat dilaksanakan tanpa perlu menhadirkan diri ke kelas. misalnya, sekiranya pelajar berada di luar dari kampus UKM seperti di Putrajaya, sementara pengajaran berada di UKM, proses interaksi pembelajaran boleh dilakukan secara on-line ataupun secara off-line atau archieved. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu apa itu E-Learning dan apa kelebihannya.

KOMPONEN E-LEARNING:

1- Infrastruktur E-Learning adalah seperti komputer, jaringan komputer, internet dan kelengkapan multimedia termasuklah di dalamnya peralatan teleconference apabila kita memberikan layanan synchronous learning melalui teleconfrence.

2-Sistem dan Aplikasi E-Learning iaitu sistem perisian yang memvirtualisasi proses pengajaran dam pembelajaran konvensional. Dalam sistem ini, kita boleh mengetahui bagaimna pengurusan sesuatu kelas dilakukan, pembuantan bahan atau kandungan, forum perbincangan, sistem penilaian, sistem ujian dalam talian, dan sebagainya. Sistem perisian ini dikenali sebagai Management System (LMS).

3-Kandungan dan bahan pengajaran dalam E-Learning- bahan pengajaran yang ada pada E-Learning system (Learning ManagementSystem) terdapat dalam bentuk Multimedia-based Content iaitu kandungan berbentuk multimedia interaktif atau Text-based Content (kandunganberbentuk teks seperti pada buku pelajaran biasa). Ia disimpan di dalam Learning Management System (LMS) dan boleh dijalankan oleh pelajar bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Terdapat dua kaedah pengajaran melalui E-Learning iaitu pertama, Synchrounous E-Learning di mana pengajar dan pelajar berada di dalam kelas serta masa yang walaupun di tempat yang berbeza. Kedua, ialah Asynchronous E-Learning di mana pengajar dan pelajar berada di dalam kelas yang sama (virtual), walaupun dalam waktu dan tempat yang berbeza.

Antara kebaikan penggunaan E-Learning dalam pendidikan ialah melalui E-Learning, komunikasi antara pelajar dan pengajar akan menjadi lebih mudah tanpa perlu berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, unteraksi dapat dilakukan merentas masa dan jarak tanpa sempadan dan kekangan dengan hanya menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Selain itu, walaupun E-Learning dikatakan akan menjadikan proses pembelajaran longgar, ianya adalah salah kerana E-Learning sebenarnya adalah satu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan. Melalui E-Learning juga, para guru boleh mengubahsuai sistem yang sedia ada dengan kandungan pelajaran mengikut kesesuaian pembelajaran pelajar mereka. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar juga dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai sumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, E-Learning turut mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.

Setiap penciptaan pasti ada keburukannya. Antara keburukan E-Learning ialah wujudnya masalah plagiarism dan pelanggaran hak cipta. Selain itu, pengajar juga harus memberikan interaksi yang responsif dan berlanjutan dalam mengenali pelajar dengan lebih jauh iaitu dengan memberikan bentuk ujian yang lain untuk dianalisa. Selain itu, program dalam E-Learning juga memerlukan komputer dengan spesifikasi yang canggih supaya program dapat berjalan dengan lancar.

Saranan saya sebagai seorang pelajar berkaitan E-Learning yang pertama adalah dengan memperkenalkan serta mendedahkan tentang pembelajaran berasaskan E-Learning kepada semua terutamanya kepada para pelajar dan guru dengan lebih mendalam lagi melalui subjek khas seperti subjek ICT. Kedua, pelajar juga hendaklah sentiasa peka atau prihatin tentang maklumat-maklumat terkini berkaitan teknologi dan inovasi yang mungkin dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran mereka iaitu tahu akan kewujudan E-Learning dan apa itu E-Learning. Saya yakin masih ramai lagi pelajar dan masyarakat di luar sana yang masih tidak tahu apa itu E-Learning. Ketiga, media massa juga seharusnya mengambil peranan dalam menyebarkan wadah dan maklumat berkaitan E-Learning melalui televisyen dan radio terutamanya bagi memastikan masyarakat celik akan kewujudan E-Learning. Keempat, kerajaan juga boleh menyediakan perkhidmatan E-Learning kepada sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi tertentu agar mereka dapat belajar dengan lebih efisyen lagi dengan menggunakan teknologi yang canggih. Kelima, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memastikan E-Learning berjaya dilakukan termasuklah para guru dan pelajar itu sendiri. Kerana tanpa pelajar, di manakah gurunya dan tanpa guru, tidak bermaknalah pelajar itu.

Tuntasnya di sini dapat dinyatakan bahawa penggunaan E-Learning dalam pendidikan merupakan satu langkah yang baik dalam mengiringi dunia globalisasi yang kian mencabar. Tambahan pula, tahap perkembangan pelajar yang semakin tinggi IQ nya memerlukan komponen-komponen seperti ini dalam mendidik mereka kearah menjadi generasi yang berilmu serta bijak dalam dunia teknologi dan inovasi untuk memimpin negara. Sungguhpun begitu, terdapat kebaikan dan juga keburukan yang memerlukan sokongan semua pihak dalam menanganinya dengan cara yang bijak.







10 comments:

yusrizal said...

Teknologi yang menarik dan inovatif tetapi menjadi kemusykilan adakah keberkesanan teknologi ini sama dengan cara manual yang digunakan di sektor-sektor pendidikan sekarang ini??

bagaimana pula dengan mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki teknologi ini.?

YUSRIZAL BIN YUSOF
A133226

NURMASTURA NORDIN said...

Terima kasih kepada saudara Yusrizal kerana sudi memberikan komen di sini. Teknologi seperti ini pastinya memberi keberkesanan berbanding cara manual seandainya ia dilakukan secara sistematik dan teratur malah mungkin akan menyayingi cara manual dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti dalam membangunkan negara. Kurang kemmapuan sudah tentu tidak akan menjadi masalah kerana pada masa kini pelbagai bantuan pinjaman atau pembiayaan daripada pihak kerajaan dapat dilakukan tanpa masalah. Demi ilmu pengetahuan, apa salahnya besusah-susah sedikit bukan?...kata pepatah, bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.

SUHAILA HASHIM said...

EL merupakan langkah yang baik dalam menuju ke arah wawasan 2020- dengan melihat kepada cabaran keenam , iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

Maka, kerajaan perlu lebih peka dengan situasi rakyat dan meningkatkan lagi mutu kehidupan dan taraf bagi mencapai matlamat ini.

has said...

mungkin e-learning merupakan sesutu yang peting pd era ini,namun sy kurang bersetuju dengan kaedah ini. pemahaman yang baik dan penyampaian maklumat yang jelas adalah lebih teratur jika digunakan secara manual.

cthnya,e-learning hanya mengajar secara tutorial,namun bolehkah ia memberi respon balas seperti mana kita belajar secara manual.org ckp setiap indivindu itu mempunyai thp kemampuan tersendiri dalam sesutu perkara.cntoh terdekat ialah tahap IQ seseorg indvindu itu berbeza.penggunaan e-learning mungkin menimbulkan kesukaran dan masalah ..:).(sekadar pendapat)

NURMASTURA NORDIN said...

Terima kasih saudari Has kerana sudi memberi pendapat.Memang, setiap sesuatu ada kebaikan dan ada keburukan. Namun terpulanglah pada setiap individu bagaiman mahu mengatur dan melaksanakannya agar ia berjaya.

n. raziebah bakri said...

mungkin ada yang kurang bersetuju dengan penggunaan e-learning di sekolah kerana tahap keberkesanan yang akan diperolehi oleh pelajar,namun harus dilihat tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut. pelajar pada masa kini sering didedahkan dengan teknologi dan boleh dikatakan sudah mahir dengan pelbagai aplikasi teknologi,dan sudah tentu tiada masalah bagi mereka untuk melibatkan diri dalam pembelaran secara maya(e-learning).

n. raziebah bakri said...

**pembelajaran **

NURMASTURA NORDIN said...

Ya...saya sedikit bersetuju dengan apa yang diperkatakan saudari azie...mungkin pada tahap awal, para pelajar perlu dipantau dalam pelaksanaan E-Learning ini oleh guru atau pensyarah sebelum mereka benar-benar dapat menjayakannya.

Nurulain Nadiah said...

bagi pelajar yang menghadapi masalah tidak mempunyai saluran internet ia mungkin akan membawa masalah kepada pelajar tersebut untuk meneruskan pembelajaran secara e-learning.selain itu ia juga akan mendatangkan masalah kepada pelajar yang kurang ilmu pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan internet untuk mengikuti e-learning ini. tetapi diharapkan dengan teknologi yang semakin berkembang pada masa kini semua masalah ini akan apat diatasi dan pembelajaran secara e-learning akan dapat dijalankan dengan jayanya.

NURULAIN NADIAH BT OTHMAN
A132736

amirul said...

Pada pendapat saya, penggunaan sistem pengajaran elearning sememangnya satu sistem yang menarik.Namun perlaksanaannya memerlukan satu perancangan yang baik.Kita perlu memulakannya dari awal iaitu dari peringkat sekolah rendah mengikut sukatan yang sesuai.Dunia pendidikan pada masa sekarang amat menarik dengan pelbagai kemudahan berasaskan dunia siber,namun tanpa pengawasan dan penerapan yang betul, ianya akan menjadi sesuatu yang menyusahkan.bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

M.Amirul Osman
Pelajar UPSI

Post a Comment

BIODATA SAYA

NAMA : NURMASTURA BINTI NORDIN

NO MARTIK : A 133408

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL LINGUISTIK

TAHUN PENGAJIAN : SESI 1 2011/2012

NAMA PENSYARAH :MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

TUTORIAL : HARI : RABU
MASA : 10AM-12PM
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER 3, DEWAN BUDIMAN

E-MAIL :
raraeky90@gmail.com
Shiny Lime Green Star